ENGINEERING CAREER EXPO 2026 USM GATHERS MORE THAN 60 INDUSTRY PLAYERS
NIBONG TEBAL, 20 May 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) continues to strengthen its graduate employability agenda through the organisation of the Engineering Career Expo 2026 held at the Main Hall, Tuanku Syed Sirajuddin Engineering Campus, here today.
USM Deputy Vice-Chancellor Industry and Community Network, Professor Dr. Azlan Amran, representing the Vice-Chancellor in his speech, said the participation of more than 60 companies and industry organisations in the expo reflected the industry’s continued confidence in the quality and employability of USM graduates.
“The encouraging level of participation is a highly commendable achievement and demonstrates the strength of the strategic collaboration between the university and industry,” he said.
The Engineering Career Expo 2026 was organised as a key platform connecting engineering students with industry through exposure to career opportunities, industrial training placements, and professional networking sessions with employers.
The programme involved participation from various industry companies and start-ups, providing direct access to thousands of engineering students from diverse fields including aerospace, civil, electrical, and electronic, mechanical, chemical, materials, and mineral resources engineering.
Further commenting on the programme, Professor Dr. Azlan said the expo had been carefully designed with various early-stage initiatives to prepare students, including the enhancement of soft skills and interview training, followed by engagement sessions with industry partners throughout the event.
He said the comprehensive approach was important to ensure graduates not only excel academically but are also well-prepared to meet the real demands of today’s rapidly evolving job market driven by technological advancement, artificial intelligence (AI), and global digitalisation.
“Today’s graduates must possess the ability to adapt, think critically, and continuously enhance their competencies throughout their lives,” he added.
He also reaffirmed USM’s commitment to producing graduates with strong academic and technical foundations, as well as leadership qualities, professional maturity, and effective communication and collaboration skills.
According to him, the HEBAT value-based education approach, which stands for Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, and Thinking, serves as a key foundation in shaping graduates who are relevant and competitive.
At the same time, he expressed appreciation for the continued support of industry partners who play an important role in developing national talent in a more responsive and high-impact manner.
At the end of his speech, he expressed hope that the expo would be fully utilised by industry players to identify and attract quality talents, particularly among USM final-year students who will soon complete their studies.
Also present were the Director of the Tuanku Syed Sirajuddin Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia, Professor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha; President and Chief Executive Officer of Energize Incorporated, Taro Ozaki; and Director of the Student Development Centre, Universiti Sains Malaysia, Professor Dr. Azizah Omar.
Text: Siti Faizah Abd Halim/Photo: Muhammad Taufik Abdul Rahman
BAHASA MELAYU
NIBONG TEBAL, 20 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan menerusi penganjuran Engineering Career Expo 2026 yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, hari ini.
Naib Canselor USM yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Professor Dr. Azlan Amran dalam ucapannya berkata, penyertaan lebih daripada 60 syarikat dan organisasi industri dalam ekspo tersebut mencerminkan keyakinan berterusan pihak industri terhadap kualiti serta kebolehpasaran graduan USM.
“Penyertaan yang amat menggalakkan ini merupakan satu pencapaian yang wajar dibanggakan dan membuktikan kekuatan kerjasama strategik antara universiti dan industri,” katanya.
Engineering Career Expo 2026 dianjurkan sebagai platform utama yang menghubungkan pelajar kejuruteraan dengan pihak industri melalui pendedahan kepada peluang kerjaya, penempatan latihan industri serta sesi jaringan profesional bersama majikan.
Program tersebut melibatkan penyertaan pelbagai syarikat industri dan syarikat pemula (start-up), sekali gus memberikan akses secara langsung kepada ribuan pelajar kejuruteraan daripada pelbagai bidang termasuk kejuruteraan aeroangkasa, awam, elektrik dan elektronik, mekanikal, kimia, bahan serta sumber mineral.
Mengulas lanjut mengenai program itu, Professor Dr. Azlan Amran berkata ekspo tersebut telah dirancang dengan pelbagai inisiatif persediaan awal untuk pelajar, termasuk pemantapan kemahiran insaniah dan latihan temu duga, diikuti sesi libat urus bersama rakan industri sepanjang program berlangsung.
Beliau berkata pendekatan menyeluruh itu penting bagi memastikan graduan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah benar-benar bersedia menghadapi tuntutan sebenar pasaran kerja masa kini yang berkembang pesat didorong oleh kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan global.
“Graduan masa kini perlu memiliki keupayaan untuk menyesuaikan diri, berfikiran kritis serta sentiasa meningkatkan kompetensi sepanjang hayat,” tambah beliau.
Beliau turut menegaskan komitmen USM dalam melahirkan graduan yang mempunyai asas akademik dan teknikal yang kukuh, selain memiliki ciri kepimpinan, kematangan profesional serta kemahiran komunikasi dan kolaborasi yang berkesan.
Menurut beliau, pendekatan pendidikan berteraskan nilai HEBAT yang merangkumi Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, dan Thinking menjadi asas penting dalam membentuk graduan yang relevan dan berdaya saing.
Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan industri atas sokongan berterusan mereka dalam memainkan peranan penting membangunkan bakat negara secara lebih responsif dan berimpak tinggi.
Di akhir ucapan, beliau berharap ekspo tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak industri untuk mengenal pasti dan menarik bakat berkualiti, khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir USM yang bakal menamatkan pengajian mereka.
Turut hadir ialah Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia, Professor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Energize Incorporated, Taro Ozaki; serta Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Professor Dr. Azizah Omar.
- Hits: 93




