Skip to main content

Featured

TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR) 2026

Sempena ulang tahun kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ke-123, Yayasan Tunku Abdul Rahman telah membuka permohonan bagi Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR).

Kami mencari belia yang mempunyai komitmen untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Kriteria Kelayakan

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah sarjana muda dan bakal pelajar yang ingin meneruskan pengajian di IPTA atau IPTS swasta yang diiktiraf MQA.

  • Bagi pelajar yang belum memulakan ijazah sarjana muda: Anda dikehendaki menamatkan pra-universiti dan juga menyambung ijazah sarjana muda selewat-lewatnya bermula Mac 2027.
  • Bagi pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah sarjana muda: Anda harus mempunyai baki sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam pengajian.

Biasiswa ini tidak mempunyai syarat PNGK minima pada peringkat permohonan dan juga tiada syarat umur.

Kriteria Pemilihan

Semua permohonan akan dinilai secara holistik berdasarkan pelbagai kriteria, namun keutamaan akan diberikan kepada calon yang:

  • Pernah atau sedang mengatasi cabaran hidup.
  • Mempunyai potensi daya kepimpinan dan komited untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
  • Berasal daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5,250 sebulan.

Tajaan Biasiswa

  • Yuran Universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di universiti awam atau swasta dalam bidang yang diiktiraf oleh MQA.
  • Elaun Bulanan: Pemberian elaun sara hidup pada setiap bulan sepanjang biasiswa.
  • Elaun Tahunan: Elaun pembangunan diri, alat tulis, buku dan tiket penerbangan.
  • Elaun Sekali Sepanjang Biasiswa: Elaun tesis, komputer riba dan pakaian formal.

Mohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2026 di www.yayasantar.org.my .

Permohonan akan ditutup pada 8 April 2026 pada jam 2 petang.

  • Hits: 85

Gamuda Scholarship 2026 is now open!

Download Gamuda Scholarship 2026 Poster

We are excited to announce that the Gamuda Scholarship 2026 is now open!

The scholarship provides full financial support to help high-potential Malaysian students achieve their academic and career goals. Beyond financial support, scholars will also gain industry exposure and career opportunities with the Gamuda Group upon graduation.

Attached is the scholarship poster for your sharing with students who may be interested to apply. More details can be found here: https://gamuda.com/yayasan-gamuda/scholarship/

We truly appreciate your support in sharing this opportunity with your students. This scholarship is for undergraduate students, and the application deadline is 30th April 2026. Please feel free to reach out if you require any further information.

  • Hits: 56

TAWARAN BIASISWA: TF AMD MICROELECTRONICS (PENANG) !! 

TAWARAN BIASISWA:TF AMD MICROELECTRONICS (PENANG) !!

Kelayakan

  • Layak untuk pelajar tahun 3 dan tahun akhir hanya dalam bidang pengajian/ program seperti yang disenaraikan di bawah.
  • Sarjana Muda KejuruteraanElektronik denganKepujian
  • Sarjana Muda KejuruteraanMekatronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda KejuruteraanMekanikal dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (PengkomputeranPintar / KejuruteraanPerisian /Infrastruktur Komputer)
  • Layak untuk warganegara Malaysia sahaja.
  • Keperluan PNGK: Minimum 3.00 dan ke atas.
  • Pelajar tajaan mestilah boleh bekerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Pelajar Tajaan dikehendaki bekerja untuk Penaja sebaik sahaja tamat pengajian mereka untuk tempoh minimum 12 bulan dari tarikh permulaan perkhidmatan,jika gagal, Pelajar Tajaan bertanggungjawab membayar balik kepada Penaja keseluruhan jumlah Yuran Tajaan.
  • Tidak terikat atau memegang biasiswa lainatau menerima bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain (kecuali PTPTN).
  • Penajaan yang diberikan adalah yuran pengajian sahaja.

Cara Memohon

  • Sila imbaskodQR untuk permohonan biasiswa ( rujuk poster hebahan )

 

English Version

SCHOLARSHIP OFFER: TF AMD MICROELECTRONICS (PENANG) !!

Eligibility

  • Eligible for 3rd year and final year degree student only in the field of studies/ programmesas listed below.
  • Bachelor of Electronic Engineering with Honours
  • Bachelor of Mechatronics Engineering with Honours
  • Bachelor of Mechanical Engineering with Honours
  • Bachelor of Material Engineering with Honours
  • Bachelor of Computer Science (Honours) (Intelligent Computing / Software Engineering / Computer Infrastructure)
  • Eligible for Malaysian citizen only.
  • CGPA requirement: Minimum 3.00 and above.
  • Sponsored Student must be able to work in Bayan Lepas, Penang.
  • Sponsored Student is required towork for the Sponsor right after their graduation for a minimum period of 12 months from the service commencement date, failing which the Sponsored Student is liable to reimburse the Sponsor the entire amount of the Sponsored Fees.
  • Not be bonded or hold other scholarship or receive financial assistancefrom any other organization (except PTPTN).
  • The sponsorship given is tuition fees only.

How to Apply

  • Please scan the QR code for the scholarship application.(Refer to the poster)

IMG 0107

  • Hits: 2983

Program Semarak

Sungai Acheh, Pulau Pinang, 22 Julai 2023 : Sempena dengan Program Semarak Siswa Madani, USM telah menganjurkan Sukan Rakyat bertempat di PPK Sg. Acheh. Program bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari itu melibatkan penyertaan 150 orang daripada komuniti setempat.

Seramai 50 orang yang terdiri daripada krew, staf dan pelajar terlibat aktiviti tersebut. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang melibatkan komuniti wanita dan dewasa dengan penyertaan seramai 50org dan diikuti dengan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, carrom, congkak, dart, timbang bulu ayam, dam aji dan permainan batu seremban.

 

 

  • Hits: 26

Lebih banyak artikel..