Sungai Acheh, Pulau Pinang, 22 Julai 2023 : Sempena dengan Program Semarak Siswa Madani, USM telah menganjurkan Sukan Rakyat bertempat di PPK Sg. Acheh. Program bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari itu melibatkan penyertaan 150 orang daripada komuniti setempat.
Seramai 50 orang yang terdiri daripada krew, staf dan pelajar terlibat aktiviti tersebut. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang melibatkan komuniti wanita dan dewasa dengan penyertaan seramai 50org dan diikuti dengan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, carrom, congkak, dart, timbang bulu ayam, dam aji dan permainan batu seremban.
Hits: 10
Written by Website Admin PPKT on . Posted in berita.
Layak untuk pelajar tahun 3 dan tahun akhir hanya dalam bidang pengajian/ program seperti yang disenaraikan di bawah.
Sarjana Muda KejuruteraanElektronik denganKepujian
Sarjana Muda KejuruteraanMekatronik dengan Kepujian
Sarjana Muda KejuruteraanMekanikal dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (PengkomputeranPintar / KejuruteraanPerisian /Infrastruktur Komputer)
Layak untuk warganegara Malaysia sahaja.
Keperluan PNGK: Minimum 3.00 dan ke atas.
Pelajar tajaan mestilah boleh bekerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pelajar Tajaan dikehendaki bekerja untuk Penaja sebaik sahaja tamat pengajian mereka untuk tempoh minimum 12 bulan dari tarikh permulaan perkhidmatan,jika gagal, Pelajar Tajaan bertanggungjawab membayar balik kepada Penaja keseluruhan jumlah Yuran Tajaan.
Tidak terikat atau memegang biasiswa lainatau menerima bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain (kecuali PTPTN).
Penajaan yang diberikan adalah yuran pengajian sahaja.
Cara Memohon
Sila imbaskodQR untuk permohonan biasiswa ( rujuk poster hebahan )
Hits: 4
Written by Website Admin PPKT on . Posted in berita.
Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada 15 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Selaras dengan itu, para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan https://subsidiudara.mot.gov.my/ .
Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut; 1. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia; 2. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; 3. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; 4. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau 5. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak. 6. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan); 7. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline; 8. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan 9. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Sebarang makluman dan pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab di talian 04-6534670 (telefon/whatsapp) atau e-mel terus ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.