HEBAHAN PENYERTAAN PROGRAM K-YOUTH TRACK C – FACULTY DEVELOPMENT (SEMICONDUCTOR INDUSTRY FOCUS)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) mempelawa semua ahli akademik/STEM Faculty Members yang berminat untuk menyertai Program K-Youth Track C – Faculty Development (Semiconductor Industry Focus).
Program ini bertujuan memperkasa kompetensi pensyarah melalui pendedahan kepada perkembangan terkini industri semikonduktor, pengalaman industri secara langsung serta pengukuhan kurikulum agar selari dengan keperluan industri semasa.
Manfaat Program
- Mempelajari perkembangan terkini industri semikonduktor daripada pakar industri.
- Menjalani penempatan industri selama 4–6 bulan bagi memperoleh pengalaman praktikal dalam persekitaran kerja sebenar.
- Memperkukuh kurikulum pengajaran dengan mengintegrasikan perspektif dan amalan industri terkini.
- Meningkatkan kemahiran serta jaringan profesional dalam ekosistem industri semikonduktor.
Struktur Program
- Fasa 1: Pengenalan kepada landskap industri semikonduktor (1 hari)
- Fasa 2: Pembangunan kepakaran teknikal dan perkongsian industri (9 hari)
- Fasa 3: Penempatan industri (4–6 bulan)
Kelayakan
- Terbuka kepada semua pensyarah/ahli akademik bidang STEM.
- Tempat adalah terhad.
📌 Permohonan kini dibuka.
Imbas kod QR pada poster atau klik pautan permohonan yang disediakan untuk membuat pendaftaran.
👉 Apply here: https://share-na2.hsforms.com/1KINZnrj6TzqrNn1CyihSAQ4spbn (or just scan the QR in the poster!)
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kompetensi profesional, memperkukuh pengajaran, dan melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi keperluan industri semikonduktor.
- Hits: 36




