Skip to main content

Organisasi

Program Semarak

Sungai Acheh, Pulau Pinang, 22 Julai 2023 : Sempena dengan Program Semarak Siswa Madani, USM telah menganjurkan Sukan Rakyat bertempat di PPK Sg. Acheh. Program bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari itu melibatkan penyertaan 150 orang daripada komuniti setempat.

Seramai 50 orang yang terdiri daripada krew, staf dan pelajar terlibat aktiviti tersebut. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang melibatkan komuniti wanita dan dewasa dengan penyertaan seramai 50org dan diikuti dengan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, carrom, congkak, dart, timbang bulu ayam, dam aji dan permainan batu seremban.

 

 

  • Hits: 11