Skip to main content

Hebahan

Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Kapal Terbang

INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

IMG 0100

Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada 15 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Selaras dengan itu, para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan https://subsidiudara.mot.gov.my/ .

Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
1. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
2. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
3. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
4. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
5. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
6. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
7. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
8. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
9. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Sebarang makluman dan pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab di talian 04-6534670 (telefon/whatsapp) atau e-mel terus ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian terima kasih.

  • Hits: 1413

NORTHERN STATSRUN 2023 *LARIAN RENTAS 3 NEGERI

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA ❗
 
JOM SERTAI NORTHERN STATSRUN 2023❗ *LARIAN RENTAS 3 NEGERI🥇
 
Bersempena Hari Statistik Negara Tahun 2023 (HSN 2023).
Ayuh sertai larian Northern StatsRun 2023 yang akan diadakan pada:
 
🗓️ 28 Oktober 2023
⏰ 6.30 pagi
📍 USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal
 
🏃🏽‍♂️Kategori:
🔹10KM (RM55.00)
Terbuka Lelaki (18-39 tahun)
Terbuka Wanita (18-39 tahun)
Veteran Lelaki (40 tahun ke atas)
Veteran Wanita (40 tahun ke atas)
🔹5KM Fun Run (RM45.00)
 
🎊 Cabutan bertuah untuk semua penyertaan.
🧾 E - Sijil
🥇 Medal Finisher
🎽 Tshirt Sublimation
🥤 Snack pack
💰 Hadiah wang tunai kepada pemenang
 
Tunggu apa lagi❓❓❓ Jom daftarkan diri melalui link di bawah:
Jom pakat masuk beramai-ramai!
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 September 2023.
Nota : * Untuk 10KM sahaja
 
IMG 0102
  • Hits: 1574

TAWARAN BIASISWA: TF AMD MICROELECTRONICS (PENANG) !! 

TAWARAN BIASISWA:TF AMD MICROELECTRONICS (PENANG) !!

Kelayakan

  • Layak untuk pelajar tahun 3 dan tahun akhir hanya dalam bidang pengajian/ program seperti yang disenaraikan di bawah.
  • Sarjana Muda KejuruteraanElektronik denganKepujian
  • Sarjana Muda KejuruteraanMekatronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda KejuruteraanMekanikal dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (PengkomputeranPintar / KejuruteraanPerisian /Infrastruktur Komputer)
  • Layak untuk warganegara Malaysia sahaja.
  • Keperluan PNGK: Minimum 3.00 dan ke atas.
  • Pelajar tajaan mestilah boleh bekerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Pelajar Tajaan dikehendaki bekerja untuk Penaja sebaik sahaja tamat pengajian mereka untuk tempoh minimum 12 bulan dari tarikh permulaan perkhidmatan,jika gagal, Pelajar Tajaan bertanggungjawab membayar balik kepada Penaja keseluruhan jumlah Yuran Tajaan.
  • Tidak terikat atau memegang biasiswa lainatau menerima bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain (kecuali PTPTN).
  • Penajaan yang diberikan adalah yuran pengajian sahaja.

Cara Memohon

  • Sila imbaskodQR untuk permohonan biasiswa ( rujuk poster hebahan )

 

English Version

SCHOLARSHIP OFFER: TF AMD MICROELECTRONICS (PENANG) !!

Eligibility

  • Eligible for 3rd year and final year degree student only in the field of studies/ programmesas listed below.
  • Bachelor of Electronic Engineering with Honours
  • Bachelor of Mechatronics Engineering with Honours
  • Bachelor of Mechanical Engineering with Honours
  • Bachelor of Material Engineering with Honours
  • Bachelor of Computer Science (Honours) (Intelligent Computing / Software Engineering / Computer Infrastructure)
  • Eligible for Malaysian citizen only.
  • CGPA requirement: Minimum 3.00 and above.
  • Sponsored Student must be able to work in Bayan Lepas, Penang.
  • Sponsored Student is required towork for the Sponsor right after their graduation for a minimum period of 12 months from the service commencement date, failing which the Sponsored Student is liable to reimburse the Sponsor the entire amount of the Sponsored Fees.
  • Not be bonded or hold other scholarship or receive financial assistancefrom any other organization (except PTPTN).
  • The sponsorship given is tuition fees only.

How to Apply

  • Please scan the QR code for the scholarship application.(Refer to the poster)

IMG 0107

  • Hits: 1195

Senarai PPSL Sidang Akademik 2023/2024

Berikut merupakan senarai Barisan PPSL yang telah terpilih bagi Sidang Akademik 2023/2024

IMG 0090

IMG 0091

IMG 0092

Semua nama yang terpilih akan dihubungi oleh urusetia BHEPA Kampus Kejuruteraan dalam masa terdekat.

  • Hits: 2485