Skip to main content

AKTIVITI@BHEPA KEJUT

PROGRAM SEMARAK SISWA MADANI: SUKAN RAKYAT BERSAMA KOMUNITI DUN SUNGAI ACHEH

Sungai Acheh, Pulau Pinang, 22 Julai 2023 : Sempena dengan Program Semarak Siswa Madani, USM telah menganjurkan Sukan Rakyat bertempat di PPK Sg. Acheh. Program bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari itu melibatkan penyertaan 150 orang daripada komuniti setempat.

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.20 PM

Seramai 50 orang yang terdiri daripada krew, staf dan pelajar terlibat aktiviti tersebut. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang melibatkan komuniti wanita dan dewasa dengan penyertaan seramai 50org dan diikuti dengan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, carrom, congkak, dart, timbang bulu ayam, dam aji dan permainan batu seremban.

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.19 PM

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.16 PM

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.17 PM

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.18 PM1

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.18 PM

Turut diadakan ialah Kursus Latihan Penternakan Azzolla yang disampaikan oleh En. Muhamad Hamzah, Unit Peneraju Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu, Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat.

WhatsApp Image 2023 07 30 at 5.54.19 PM3

Turut hadir ialah Haji Rashidi Bin Zainol, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Encik Zulkifli Che Hussin, Ketua Penyelaras Program Sukan Rakyat, Semarak Siswa Madani Peringkat USM dan pemimpin tempatan. Terima kasih diucapkan kepada En Rokiman Shah selaku penyelaras komuniti dan kepada semua yang hadir bagi memeriahkan suasana aktiviti.

Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan komuniti cerdas dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat setempat.

#WeLead
#SemarakSiswaMadani
#MalaysiaMadani

Teks/Foto : Muhammad Fikri
Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Hits: 307